| |
Syarikat
Syarikat ini bernama Zabki Bin Mat Sah yang beralamat di No. 4-5, Bandar Baru, Fasa 1, 33000 Kuala Kangsar, Perak. N0. Pendaftaran 000373987-A.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 / 06 / 1975. Kegiatan utama syarikat ini ialah penjualan dan pemasaran perabot serta menerima tempahan produk perabot yang berasaskan kayu, besi, rotan dan sebagainya. Syarikat ini juga membekalkan peralatan perabot untuk Sekolah-Sekolah dan Pejabat- Pejabat Kerajaan dan Swasta. Syarikat dengan taraf pengedar telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Bumiputra.
Modal
Modal pusingan syarikat ini ialah RM800,000.00
. Nilai output jualan bulanan melebihi RM85,000.00. Pengurusan
syarikat ini adalah 100% Bumiputra.
|
| |
|
| |
Khidmat Syarikat
|
| 1.3.1 |
Syarikat ini menggunakan perkhidmatan kewangan melalui RHB Bank, cawangan Kuala Kangsar, Perak. Syarikat juga diberikan kepercayaan melalui kemudahan “overdraf” dalam ringgit yang tinggi bagi memastikan kedudukan modal pusingan perniagaan sentiasa lancar.
|
| 1.3.2 |
Setiausaha Syarikat ini pula menggunakan
Perkhidmatan Kewangan Azman Omm, MNA Accountan Consultan, beralamat
di Lot 2.01A Tingkat Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000
Ipoh, Perak.
|
| 2.0 |
PENGURUSAN SHOWROOM ( BILIK PAMERAN
|
| |
|
| 2.1 |
PENYELIA SHOWROOM / BAHAGIAN PENTADBIRAN
Penyelia Showroom bertanggungjawab di atas semua urusan rasmi syarikat, tenaga kerja dan urusan-urusan yang berkaitan bagi memastikan syarikat sentiasa beroperasi dengan lancar di dalam urusan pembekalan dan pembelian. |
| |
|
| 2.2 |
PENYELIA AKAUN / BAHAGIAN KEWANGAN
Penyelia Akaun bertindak dan bertanggungjawab bagi memastikan semua urusan kewangan berjalan lancar dan memastikan semua aspek pengurusan pembayaran akaun teratur. |
| |
|
| 2.3 |
BAHAGIAN PENGHANTARAN
Bahagian Pemasaran / Penghantaran pula bertanggungjawab bagi memastikan semua pesanan dan permintaan yang diterima oleh syarikat dipenuhi dan disediakan mengikut perjanjian dan keperluan yang telah ditetapkan oleh setiap pelanggan. Dengan kemudahan pengangkutan lori sendiri dan bantuan pengangkutan sebanyak lima ( 5 ) buah lori syarikat M.S. Zabki (M) Sdn. Bhd., syarikat berkeyakinan penuh dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut terma penghantaran yang telah ditetapkan |
| |
|
| 2.4 |
KHIDMAT LEPAS JUALAN
Menyedari khidmat lepas jualan yang merupakan aspek terpenting di dalam perniagaan, syarikat juga menyediakan khidmat baikpulih bagi produk-produk yang telah dibekalkan kepada pelanggan mengikut kesesuaian |
| |
|
| 2.5 |
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN / SIJIL-SIJIL
SILA LIHAT LAMPIRAN PENGURUSAN |
| |
|
| 3.0 |
PROJEK PERNIAGAAN
Syarikat ini mempunyai Bilik Pameran sendiri bagi tujuan penjualan produk perabot untuk kegunaan pejabat, rumah dan sebagainya. Syarikat ini juga menerima tempahan produk melalui pembelian terus daripada pihak sekolah, maktab-maktab, kolej-kolej dan daripada Jabatan Pendidikan Negeri ( J.P.N.). Di samping itu juga, Syarikat ini menerima pesanan belian melalui tender-tender kerajaan ( Kementerian Pembangunan Luar Bandar ).
Syarikat juga diberikan sokongan penuh daripada kilang sendiri ( M.S. Zabki (M) Sdn. Bhd. ) untuk membuat sebarang tempahan produk perabot seperti peralatan pejabat dan sekolah dan kegunaan umum. Ini memberikan syarikat kelebihan bagi menawarkan harga yang kompetitif serta dapat memberikan kualiti produk melalui pengawalan yang lebih mudah. |
| |
|
| 3.1 |
PRODUK JUALAN
Produk jualan syarikat berorientasikan produk perabot yang berasaskan kayu, besi, rotan dan sebagainya di dalam pelbagai bentuk seperti kerusi, meja, almari, kabinet, kabinet besi dan lain-lain. Ekoran daripada itu, pengeluaran ini lebih menumpukan terhadap produk atau barangan keperluan sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan. Ini adalah kerana Syarikat sekarang terlibat dengan pembekalan penghantaran peralatan perabot melalui Pejabat Daerah diserata tempat seperti Pejabat Daerah Kuala Kangsar, Lenggong, Grik dan Sungai Siput. |
| |
|
| 3.2 |
KEMUDAHAN ASAS
Dari segi kemudahan asas, ianya adalah tidak menjadi masalah bagi syarikat kerana segala kemudahan ini sudah tersedia memandangkan lokasi syarikat terletak di dalam bandar. Kemudahan ini termasuklah bekalan elektrik, bekalan air, bekalan telefon dan jalan raya keluar-masuk yang mudah. |
| |
|
| 3.3 |
KEMUDAHAN PEMBELIAN
Pada peringkat sekarang, syarikat kini telah pun mendapat kepercayaan daripada pembekal. Ini adalah kerana berdasarkan rekod pembayaran semula yang teratur dan pembelian yang dilakukan adalah dalam nilai yang besar. Syarikat juga mendapat kemudahan kredit bagi tempoh lebih dari 2 bulan. |
| |
|
| 4.0 |
PRESTASI JANGKAAN
Sejajar dengan perkembangan semasa serta menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan e-dagang, syarikat telah berdaftar dengan Commerce Dot Com Sdn. Bhd. satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi merealisasikan perdagangan elektronik.
Melalui pendekatan pembelian terus, sebutharga dan tender yang telus ini, syarikat mampu untuk memberikan daya saing dan menawarkan nilai yang kompetitif bagi setiap tawaran pembekalan yang diberikan.
Menyedari segala kemudahan, sokongan, khidmat bantu serta kedudukan modal yang mantap, syarikat berkeyakinan penuh bahawa peningkatan hasil jualan akan dapat dilaksanakan dari masa ke masa. |
| 5.0 |
KESIMPULAN
Syarikat merasakan amat perlunya sokongan, khidmat nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan bantuan teknikal dari pihak-pihak yang berkaitan untuk menjayakan Syarikat ini pada masa hadapan.
Sokongan ini amat perlu bagi mempertingkatkan ekuiti bumiputra di dalam ekonomi negara. Di samping itu juga secara langsung meningkatkan bilangan golongan bumiputra menyertai sektor perindustrian di dalam menyahut seruan negara menjadikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra
( MPPB ).
Kesimpulannya, pengusaha serta Syarikat seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perniagaan yang diceburi, lebih mampan, berdaya maju, berdaya saing, berketerampilan, tidak cepat putus asa, gigih dan tidak mengharapkan keuntungan jangka pendek. Dalam ertikata lain, pengusaha serta Syarikat mestilah mempunyai ciri-ciri fizikal dan mental yang positif serta berpandangan jauh ke hadapan.
Akhir kata, pihak Syarikat ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian serta komitmen dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.
Saya dengan hormatnya,
“ KE ARAH PRODUKTIVITI DAN KUALITI ”
Zabki Bin Mat Sah
Pengurus Syarikat
zabki@mszabki.com
|
| |
Sijil Kewangan M.S.Zabki
Sijil Kewangan Zabki Enterprise
Sijil Kewangan Zabki |
| |
|
| |
|
| |
|