| Latar Belakang
Latar Belakang
| Carta
Organisasi | Skill
Pegurusan/ Pekerja | Senarai
Nama Mesin/ Jentera
| 1.1 |
Syarikat
Syarikat ini bernama M.S. ZABKI (M) SDN.BHD. yang beralamat di No.58, Jalan Besar, 33600 Enggor Karai, Perak Darul Ridzuan. No pendaftaran syarikat 221236 V.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 20 Julai 1991 di atas tanah Lot No 223 Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Keluasan kilang adalah 10,512 kaki persegi. Kegiatan utama syarikat ialah memproses dan menghasilkan produk perabot yang berasaskan kayu. Syarikat dengan taraf pembuat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Bumiputra |
| 1.2 |
Modal
Modal dibenar ialah RM 500,000.00 dan modal berbayar pula ialah
RM 500,000.00. Pegangan ekuiti dan pengurusan syarikat adalah 100% Bumiputra. |
| 1.3 |
KHIDMAT SYARIKAT
|
| 1.3.1 |
Syarikat kini menggunakan perkhidmatan kewangan melalui Bumiputra Commerce Bank Berhad, Cawangan Kuala Kangsar. Syarikat juga diberikan kepercayaan melalui kemudahan “overdraf ” dalam ringgit yang tinggi bagi memastikan kedudukan modal pusingan perniagaan sentiasa lancar.
|
| 1.3.2 |
Bagi khidmat guaman, Syarikat menggunakan perkhidmatan Tetuan Zukifli ulul Azmin Co. di alamat No.52, Kompleks PKNP, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh PerakDarul Ridzuan.
|
| 1.3.3 |
Setiausaha Syarikat pula menggunakan perkhidmatan Azman Omm, MNA Accountan Consultan yang beralamat di Lot 2.01A Tingkat 2, Bangunan Sri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh Perak.
|
| 1.3.4 |
Manakala bagi tujuan pengauditan akaun syarikat, Syarikat ini menggunakan perkhidmatan Tetuan Sahir & Co, No 46C Jalan Kin Mee, Off Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh Perak Darul Ridzuan.
|
| 1.4 |
CAWANGAN SYARIKAT
Bersesuaian dengan perkembangan dan permintaan semasa, syarikat telah membuka sebuah lagi kilang di tapak yang baru yang beralamat di Lot 1, Taman Industri Perabot Negeri Perak, Jalan Pusing, Ipoh, Perak. seluas 55,796 kaki persegi dan telah menelan belanja hampir RM 2,000,000.00.
Cawangan kilang ini dibuka di atas tapak yang telah disediakan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Tempatan (UPEN) yang menempatkan pengusaha-pengusaha bumiputra khususnya bagi pembuatan perabot. Cawangan ini telah beroperasi bagi pemprosesan dan penghasilan produk-produk perabot yang baru terutama bagi produk perabot bagi keperluan Kompleks-kompleks Rumah Guru di bawah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani bersama Kementerian Pendidikan Malaysia.
|
| 1.5 |
PENGUSAHA
|
| 1.5.1 |
PENGARAH URUSAN
|
| 1.5.1.1 |
PENGARAH URUSAN |
| |
Encik Zabki Bin Mat Sah, No.K/P: 490813-08-5545 Berbangsa Melayu, beragama Islam, berkelulusan peringkat menengah. Beliau telah banyak menghadiri Kursus, Bengkel, Seminar yang berkaitan dengan industri pembuatan perabot dan berpengalaman luas dalam bidang perusahaan dan penjualan barangan perabot
|
| 1.5.1.2 |
PENGURUS KILANG
Puan Roszina Bt. Nawawi. No. K/P: 581006-05-5052. Beliau berbangsa Melayu, beragama Islam dan berkelulusan peringkat menengah. Beliau bekerja sepenuh masa di kilang M.S.Zabki (M) Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Kilang dimana beliau juga berpengalaman di dalam bidang penjualan perabot dan pengurusan kilang.
|
| 1.5.2 |
PEMEGANG SAHAM
|
| 1.5.2.1 |
EN ZABKI BIN MAT SAH
Pegangan Saham beliau adalah 13% bernilai RM 65,000.00. Beliau bertindak sebagai Pengarah Urusan Syarikat ini.
|
| 1.5.2.2 |
PUAN ROSZINA BINTI NAWAWI
Pegangan Saham adalah 32.38% bernilai RM
161,900.00.Beliau juga bertindak sebagai Pengurus Kilang.
|
| 1.5.2.3 |
MOHD. FAIZUL BIN ZABKI |
| |
Pegangan Sahamnya di syarikat ini adalah 34.62%, bernilai RM 173,100.00. No. K/P: 780201-08-7481, berbangsa Melayu, beragama Islam. Beliau berkelulusan peringkat menengah dan bertugas sebagai Penyelia Pemasaran / Penghantaran di Syarikat ini. Beliau telah banyak menghadiri kursus yang berkaitan dengan perusahaan perabot dan berpengalaman selama lebih dari 5 tahun dalam bidang pembuatan dan penjualan perabot. |
| 1.5.2.4 |
NOOR AZALINA
BINTI ZABKI
|
| |
Pegangan Sahamnya di syarikat ini adalah 20%, bernilai RM 100,000.00. No.K/P: 800326-08-6082, berbangsa Melayu, beragama Islam. Beliau berkelulusan peringkat Diploma Kesetiausahaan Syarikat dan bertugas sebagai Penyelia Kewangan di Syarikat ini. |
| |
|
| 2.0 |
PENGURUSAN
|
| |
Pengurusan di kilang syarikat ini adalah terbahagi kepada:
|
| 2.1 |
BAHAGIAN PENTADBIRAN
Bahagian Pentadbiran bertanggungjawab di atas
semua urusan rasmi syarikat, tenaga kerja dan urusan-urusan
yang berkaitan bagi memastikan Syarikat sentiasa beroperasi
dengan lancar.
|
| 2.2 |
BAHAGIAN KEWANGAN
Bahagian Kewangan bertindak dan bertanggungjawab
bagi memastikan urusan kewangan berjalan lancar dan memastikan
semua aspek pengurusan akaun teratur.
|
| 2.3 |
BAHAGIAN KUALITI
Bahagian Kawalan Kualiti bertindak dan bertanggungjawab bagi memastikan semua keluaran dan penghasilan produk adalah sentiasa mematuhi serta mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pelanggan. Syarikat menjalankan Sistem Produktiviti & Kualiti yang mementingkan aspek pengendalian kualiti produk, budaya kerja dan selamat serta persekitaran kilang yang selesa. |
| 2.4 |
BAHAGIAN PEMASARAN / PENGHANTARAN
Bahagian Pemasaran / Penghantaran bertanggungjawab bagi memastikan semua pesanan dan permintaan yang diterima oleh syarikat dipenuhi dan diselia mengikut perjanjian dan keperluan yang telah ditetapkan oleh setiap pelanggan. Dengan kemudahan pengangkutan sebanyak lima ( 5 ) buah lori, syarikat berkeyakinan penuh dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut terma penghantaran yang telah ditetapkan. |
| 2.5 |
BAHAGIAN STOR
Bahagian Stor bertanggungjawab menyelenggara
dan menyimpan bahan mentah yang diperlukan bagi pemprosesan
di bahagian pengeluaran. |
| 2.6 |
BAHAGIAN PENGELUARAN |
| 2.6.1 |
PENYELIA
Penyelia akan ditugaskan untuk menyediakan
pekerja di bahagian pengeluaran. Tenaga kerja di bahagian
ini adalah bagi pekerja yang mahir.
|
| 2.6.2 |
PEKERJA TETAP
|
| 2.6.2.1 |
SEPARUH MAHIR
Pekerja separuh mahir akan melakukan tugas-tugas
mudah di bahagian pengeluaran.
|
| 2.6.2.2 |
MAHIR
Pekerja mahir pula akan melakukan kerja-kerja
yang melibatkan kemahiran dan ini adalah penting, memandangkan
syarikat memerlukan barangan yang berkualiti tinggi sahaja.
|
| 2.6.3 |
PEKERJA KONTRAK/UPAH
Pekerja Kontrak atau Upah akan melakukan tugas
yang memerlukan kemahiran. Cara pembayaran terhadap pekerja
di bahagian ini hanyalah berpandukan tugasan atau jenis dan
jumlah produk yang telah dikeluarkan.
|
| 2.3 |
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN /SIJIL-SIJIL
Untuk melihat sekyen ini, sila klik di atas.
|
| 3.0 |
PROJEK PERNIAGAAN
|
| |
Latarbelakang projek perniagaan yang dijalankan:-
|
| 3.1 |
BARANGAN KELUARAN
Produk keluaran syarikat ini berorientasikan
produk perabot yang berasaskan kayu di dalam pelbagai bentuk
seperti kerusi, meja, almari, kabinet dan lain-lain. Ekoran
daripada itu, pengeluaran ini lebih menumpukan terhadap produk
atau barangan keperluan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah
kerana Syarikat sekarang menjadi anak payung Guthrie Furniture
Sdn. Bhd.
|
| 3.2 |
KEUPAYAAN PENGELUARAN SEKARANG
Hasil daripada penambahan mesin-mesin di bahagian
pengeluaran di cawangan syarikat, output jualan Syarikat kini
telah bertambah daripada RM 180,000.00 kepada RM 300,000.00
sebulan. Dengan tahap itu, pihak pengurusan syarikat ini berkeyakinan
tinggi bahawa tahap pengeluarannya akan bertambah dari masa
ke masa jika adanya sokongan daripada pelbagai pihak.
|
| 3.3 |
KEUPAYAAN PENGELUARAN AKAN DATANG
Berbekalkan modal pusingan perniagaan yang mantap dan penambahan mesin-mesin berteknologi baru, Syarikat berkeyakinan tinggi, bukan hanya sekadar memenuhi permintaan tetapi dapat mengembangkan lagi pasarannya disamping memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan. Walaubagaimanapun, tahap kecemerlangan ini akan hanya dapat dijadikan kenyataan jika adanya sokongan, nasihat dan bantuan daripada pihak-pihak yang tertentu.
|
| 3.4 |
KEMUDAHAN ASAS
Dari segi kemudahan asas, ianya adalah tidak menjadi masalah bagi Syarikat kerana segala kemudahan ini sudah tersedia memandangkan lokasi syarikat terletak di tempat yang strategik dan Taman Perindustrian Perabot yang dibangunkan oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri ( UPEN ). Kemudahan-kemudahan ini termasuklah bekalan elektrik ( Hightension 3 Phase ), bekalan air, bekalan telefon dan jalan raya keluar - masuk yang mudah.
|
| |
|
| 4.0 |
PENGELUARAN
|
| 4.1 |
KAPASITI PENGELUARAN SEKARANG
Dengan adanya modal yang mencukupi serta mesin
yang berteknologi, Syarikat ini yakin bukan sahaja dapat memenuhi
permintaan Guthrie Furniture Sdn. Bhd., tetapi akan dapat
mengembangkan perniagaan serta pemasarannya mengikut peredaran
masa dan era perniagaan global.
|
| 4.2 |
KAWALAN KE
ATAS KUALITI DAN KUANTITI
Menyedari kepentingan aspek pengawalan kualiti produk dan kuantitinya agar sentiasa mengikut apa yang telah dirancangkan, Syarikat telah mengambil langkah-langkah tertentu demi memastikan serta menjamin kualiti dan kuantitinya. Pengawalan ini sentiasa di awasi oleh pihak syarikat demi menjayakan polisi serta piagam syarikat “ Ke Arah Peningkatan Kualiti Secara Berterusan Disamping Memenuhi Citarasa Pelanggan ”.
Syarikat telah menentukan bahagian ini dikawalselia oleh penyelia yang berpengalaman dan pengawasan akan dilakukan dengan cara:- |
| |
|
| |
- Kekerapan pemeriksaan dilakukan terhadap kualiti produk, bertanggungjawab terhadap piawaian atau penilaian kualiti produk berasaskan kayu iaitu FRIM ( Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
- Mempertingkatkan pendedahan, kemahiran serta pengetahuan pekerja dengan membekalkan latihan atau kursus - kursus dalaman dan menghantar pekerja-pekerja ke institusi bertauliah seperti MTIB ( Malaysia Timber Industri Board ), NPC ( Perbadanan Produktiviti Negara ), SIRIM dan lain-lain.
- Berada di bawah pengamalan sistem kualiti A.P.K. ( Amalan Peningkatan Kualiti ) yang ditelah diiktiraf oleh SIRIM.
- Mengamalkan Sistem P & Q ( Produktiviti & Kualiti ) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Negara ( N.P.C.) yang berobjektif untuk mempertingkatkan produktiviti syarikat secara berterusan serta tahap kualiti produk agar sentiasa mempunyai nilai tambah dan sentiasa diterima oleh pelanggan.
|
| |
|
| 4.3 |
PENYELIAAN
Kuantiti dan kualiti produk keluaran bukan sahaja diawasi oleh penyelia yang berpengalaman, malah penglibatan langsung dari Pengarah Urusan juga akan turut sama mengawasi perkara tersebut. Ini adalah penting memandangkan syarikat Guthrie Furniture Sdn.Bhd. sangat mementingkan kualiti dan kuantiti produk. Pihak Guthrie Furniture Sdn.Bhd. akan menolak produk, sekiranya produk yang dikeluarkan tidak menepati keperluan dan spesifikasi yang telah di tetapkan.
|
| 4.4 |
BAHAN PEMPROSESAN |
| 4.4.1 |
BAHAN MENTAH
Bahan mentah yang diperlukan adalah seperti
Meranti Merah, Papan Lapis, PVC Glue, paku, skrew, cat, coating
dan lain-lain bahan yang berkaitan dengan barangan perabot.
|
| 4.4.2 |
KEMUDAHAN PEMBELIAN
Pada peringkat sekarang, syarikat kini telah
pun mendapat kepercayaan daripada pembekal, ini ialah kerana
berdasarkan rekod pembayaran semula yang teratur dan pembeliannya
yang dilakukan adalah dalam nilai yang besar. Syarikat juga
mendapat kemudahan kredit bagi tempoh 2 bulan.
|
| |
|
| 5.0 |
PEMASARAN
|
| 5.1 |
BENTUK PEMASARAN / JUALAN
Syarikat mempunyai pasaran melalui Guthrie Furniture Sdn.Bhd. yang membabitkan pesanan-pesanan dari agensi-agensi kerajaan. Pesanan-pesanan akan dihantar ke PTJ-PTJ ( Pusat Tanggungjawab ) seperti Jabatan-jabatan Pendidikan, sekolah-sekolah, jabatan - jabatan kerajaan. dan projek Pembangunan Luar Bandar melalui Pejabat Daerah.
Pemasaran juga dilaksanakan melalui 2 Lot Kedai Pameran ( Showroom ) yang terletak di alamat PERABOT ZABKI B. MAT SAH, No. 4 - 5, Bandar Baru, Fasa 1, 33000 Kuala Kangsar yang juga dimiliki oleh Pengarah Urusan sendiri, dengan modal pusingan sebanyak RM 800,000.00 nilai output jualan bulanan melebihi RM 85,000.00. Syarikat ini bertaraf pengedar dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan taraf Bumiputra.
Showroom ini menjalankan operasi perniagaan sebagai pengedar ( Trading ) bagi memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Pemasaran yang dibuat adalah melalui pesanan kerajaan dari jabatan-jabatan kerajaan, projek-projek Pembangunan Luar Bandar melalui pejabat-pejabat daerah serta jualan semasa kepada umum.
SILA LIHAT PROFILE PERABOT ZABKI B. MAT SAH
.
|
| 5.2 |
ANGGARAN PASARAN AKAN DATANG
Nilai pasaran akan datang produk berasaskan
perkayuan ini sebenarnya akan terus berkembang. Ini adalah
berdasarkan nilai eksport dan penggunaan pasaran domestik
semakin meningkat dari masa ke semasa.
|
| 6.0 |
STRATEGI PASARAN
|
| |
Beberapa langkah akan diambil untuk mempastikan
peluang pasaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Langkah-langkah
itu adalah seperti berikut:-
Beberapa langkah akan diambil untuk merealisasikan peluang pasaran dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut :-
- Pengawalan dan Peningkatan mutu pengeluaran.
- Program penyelidikan ( R & D ) yang berterusan.
- Corak dan Rekabentuk keluaran yang kemaskini dan terkini.
- Harga yang berpatutan.
- Khidmat lepas jualan yang lebih baik dan cekap.
- Kemahiran pekerja yang sentiasa di pertingkatkan
Adalah menjadi dasar serta wawasan syarikat ini, iaitu akan mengeksportkan barangan keluarannya apabila telah sampai masa dan keupayaannya.
Menyedari khidmat lepas jualan yang merupakan aspek terpenting di dalam perniagaan, syarikat juga menyediakan khidmat baikpulih bagi produk-produk yang telah dibekalkan kepada pelanggan mengikut kesesuaian.
Menerusi segala kemudahan-kemudahan, sokongan, khidmat bantu serta kedudukan modal yang mantap, maka Syarikat ini berkeyakinan penuh bahawa peningkatan sebanyak dua hingga ke tiga kali ganda hasil jualan akan dapat dilaksanakan, Inilah matlamat / wawasan syarikat ini.
|
| 7.0 |
KESIMPULAN
Syarikat merasakan amat perlunya sokongan, khidmat nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan bantuan teknikal dari pihak-pihak yang berkaitan untuk menjayakan Syarikat ini pada masa hadapan.
Sokongan ini amat perlu bagi mempertingkatkan ekuiti bumiputra di dalam ekonomi negara. Di samping itu juga secara langsung meningkatkan bilangan golongan bumiputra menyertai sektor perindustrian di dalam menyahut seruan negara menjadikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputra
( MPPB ).
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa bidang pembuatan khususnya produk berasaskan perkayuan ini sememangnya mempunyai nilai perdagangan yang cerah.
Pengusaha serta Syarikat seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi terhadap perniagaan yang diceburi, lebih mampan, berdaya maju, berdaya saing, berketerampilan, tidak cepat putus asa, gigih dan tidak mengharapkan keuntungan jangka pendek. Dalam ertikata lain, pengusaha serta Syarikat mestilah mempunyai ciri-ciri fizikal dan mental yang positif serta berpandangan jauh ke hadapan.
Akhir kata, pihak Syarikat ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian serta komitmen dari pihak tuan. Sekian, terima kasih.
Saya dengan hormatnya,
“KE ARAH PRODUKTIVITI DAN KUALITI ”
Zabki Bin Mat Sah
Pengarah Urusan
M.S. ZABKI (M) SDN.BHD
zabki@mszabki.com
|
| |
|
Sila klik untuk melihat
pengiktirafan Sirim |
Sijil Kewangan M.S.Zabki
Sijil Kewangan Zabki Enterprise
Sijil Kewangan Zabki |